Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Syria bersama sekutu mereka yang terdiri daripada pasukan sukarelawan tempatan telahpun berjaya meneruskan kemaraan mereka sehingga ke kawasan timur bandar Deir ez-Zour sekaligus memecahkan kepungan tiga tahun kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar tersebut.
Menurut laporan, pasukan pengganas Takfiri Daesh mula mengepung bandar itu sejak Januari tahun 2015.
Sementara itu kumpulan Pemerhati Syria bagi isu Hak Asasi Manusia (SOHR) berkata bahawa tentera kerajaan kini giat meneutralkan periuk api di kawasan sekitar kem Briged 137.
Kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain itu menambah dengan mengatakan bahawa kumpulan Takfiri Daesh kini sedang melancarkan serangan balas ke atas kawasan tersebut.
Juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa pertempuran sengit sedang berlaku berhampiran kampung Jabra.
Kementerian Pertahanan Rusia pada awal hari Selasa turut mengatakan bahawa salah sebuah daripada kapal perang frigat mereka yang beroperasi di lautan Mediterranean telah melancarkan peluru berpandu Kalibr ke atas sebuah perkumpulan anggota pengganas Daesh berdekatan bandar Deir ez-Zour.
Pemimpin Syria Ucap Tahniah Kepada Pasukan Tentera Negara Itu Di Atas Kejayaan Memecahkan Kepungan Di Deir ez-Zour.
Sementara itu, Presiden Syria, Bashar al-Assad mengucapkan tahniah kepada pasukan tentera kerajaan di atas kejayaan mereka memecahkan kepungan berusia tiga tahun kumpulan pengganas Takfiri Daesg ke atas bandar Deir ez-Zour.
Assad di dalam sebuah perbualan telefon dengan Mejar Raafiq Shehadeh yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan di Deir ez-Zour, Jeneral Hassan Mohammed, ketua briged ke-17 dan Brigadier Jeneral Essam Zahruddin, ketua briged ke-104 di dalam pasukan Pengawal Republik memuji anggota tentera Syria di atas pengorbanan, pengabdian dan sikap bertanggungjawab yang mereka tunjukkan ketika menunaikan tugas mereka.
"Kalian akan menjadi contoh tauladan yang baik untuk generasi hadapan. Sejarah tidak akan pernah melupakan bahawa kalian telah berkorban setakat yang mampu dan dalam masa yang sama berjaya menunaikan tugas kalian tanpa perasaan takut dan ragu," kata Assad. -ABNA24
/315
6 September 2017 - 12:41
News ID: 852699
Tentera Syria bersama sekutu mereka yang terdiri daripada pasukan sukarelawan tempatan telahpun berjaya meneruskan kemaraan mereka sehingga ke kawasan timur bandar Deir ez-Zour sekaligus memecahkan kepungan tiga tahun kumpulan pengganas Takfiri Daesh ke atas bandar tersebut.